IBRAHIM menyerahkan ‘Bong’ kepada Zakri (kanan) selepas menyelamatkan kucing itu di Kangar semalam.
KANGAR Seekor kucing betina yang masih hidup selepas 13 hari terperangkap di atas pokok kelapa setinggi 30 meter akhirnya diselamatkan oleh seorang pengutip buah kelapa di Kampung Alor Merus dekat sini semalam.
Sebelum ini, dua agensi penyelamat gagal menurunkan kucing putih yang diberi nama Bong itu memandangkan tiada tangga yang dapat mencapai paras pokok setinggi bangunan sembilan tingkat itu.
Pemilik kucing, Zakri Mat, 36, berkata, Bong cuba lari daripada arus deras banjir yang menenggelamkan kampung itu pada 3 November lalu dengan memanjat bumbung rumah.
kredit : kosmo.com.my

No comments:
Post a Comment