Kegunaan santan dan kelapa parut dalam penyediaan makanan atau kuih muih sangat diperlukan.
Justeru dengan kesukaran mendapatkan bekalan bahan tersebut dan kenaikan harga santan membuatkan peniaga makanan berasa tertekan.
Sebilangan mereka mengakui terpaksa menaikkan harga makanan dan kuih muih kerana kos santan terlalu tinggi.
Seorang peniaga kuih, Sidek Ali, 65, berkata, kesukaran mendapatkan santan dan kelapa parut sangat dirasai.
Tambahnya, jika ada pun harganya mahal sedangkan keperluan untuk menyediakan sesuatu kuih atau masakan itu sama sahaja.
“Sebagai peniaga, tentulah kita fikirkan soal keuntungan. Namun dalam masa yang sama tetap memikirkan kepentingan pelanggan.
http://www.malaysiazoom.com/pengguna-turut-rasai-kesan-kekurangan-bekalan-kelapa/
No comments:
Post a Comment