BATU 38 – Tanaman Kelapa Matag mampu memberikan pulangan yang maksima kepada pengusahanya sekira semua aspek keperluan diberi perhatian dalam perlaksanaannya.
Penolong Pegawai Pertanian Sabak Bernam Utara, S Sritharan berkata, pengeluarannya boleh mencecah 25,000 hingga 30,000 biji setahun bagi keluasan sehektar berbanding kelapa tinggi biasa.
Menurutnya, pengusaha perlu rajin mendapatkan khidmat nasihat daripada jabatan mengenai tanaman ini, jadual pembajaan dan kawalan penyakit seperti mana yang disyorkan.
“Selain itu, sistem perparitan di kawasan tanaman Kelapa Matag perlu diberikan perhatian dan sistem amalan pertanian yang baik perlu dilaksanakan bagi memastikan kita mampu memperoleh hasil yang maksimum daripada tanaman ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Lawatan Peserta Tanaman Kelapa Matag Pertubuhan Peladang Kawasan Bagan Datoh ke projek Kelapa Matag Batu 38, Sabak Bernam Utara, di sini.
Dalam lawatan berke naan, peserta diberikan taklimat mengenai tanaman Kelapa Matag dan kawalan penyakit dalam mengusahakan projek berkenaan.
Sritharan berkata, Kelapa Matag memerlukan penja gaan yang rapi pada tiga tahun pertama penanamannya kerana terdedah dengan serangan penyakit dan makhluk perosak malah perlu mengikut jadual pembajaan.
“Selepas tiga tahun, tanaman akan mula mengeluarkan hasil dan lebih mudah. Kelapa Matag ini mempunyai jangka hayat mengeluarkan hasil sehingga 25 tahun.
“Potensi tanaman kelapa ini cukup bagus dan kita menggalakkan tanaman jenis ini memandangkan mampu memberikan pula ngan yang baik kepada pengusahanya selain harga yang dijual tinggi iaitu sekitar RM0.70 sebiji,” katanya.
Difahamkan, projek tanaman Kelapa Matag boleh disekalikan dengan tanaman kekal seperti koko dan tanaman selingan seperti pisang dengan jarak yang sesuai antara satu sama lain.
Dalam satu kawasan tanaman Kelapa Matag katanya, pengusaha boleh tanam juga pisang dan koko sekali gus membolehkan mereka memperoleh pendapatan sampingan.
No comments:
Post a Comment